Pages

Monday, May 2, 2011

Kehadiran yang ku nanti hilang sekelip mata..

Assalamualaikum,
Sepertimana semua maklum dengan kejadian yang menimpa kami suami isteri baru2 ini,terus terang kami masih berada dalam kesedihan tapi kami harus akur atas apa yang telah terjadi kerana semua ini adalah ketentuan dari Illahi,Allah yang maha berkuasa. Begitu cepat rasanya masa berlalu dan ku harapkan kesedihan ini juga akan berlalu dengan pantasnya..

Pada 25hb April 2011, adalah hari yang memang tak di lupakan setelah di maklumkan bahawa anak dalam kandunganku yang berumur 7 bulan sudah tidak bernyawa..Memang hancur dan runtuh hati ini rasanya dengan berita yang di khabarkan setelah membuat pemeriksaan ultrasound..Seakan tidak percaya dengan kenyataan doktor kerana kami sememangnya menanti kelahirannya setelah 2 1/2 berkahwin..Emosi kami suami isteri memang tak dapat di kawal dalam perjalanan ke hospital ripas untuk pengesahan terakhir..Allah Taala memang menyayanginya, dia pergi sebelum sempat ku melihat tawa dan tangisnya..Doktor menyarankan aku untuk mengeluarkan anak dalam kandungan ku pada hari yang sama, tetapi aku mengambil keputusan untuk mengeluarkan bayi dlm kandunganku keesokkan harinya kerana aku masih berharap kemungkinan terjadi keajaiban di saat akhir.

Dengan izin Allah jua,pada 26hb April 2011,hari Selasa jam 7.40 mlm, aku melahirkan bayi lelaki dari rahim ku sendiri. Tiada tangisan sepertimana yang ku harapkan,tetapi aku tetap redha..Allah menenangkan hati dan fikiran ku selesai pengeluaran.. Saat itu, mak mertua,nenekku,mak saudara,kakak iparku, dan suamiku meluru masuk untuk melihat keadaan ku dengan esak tangis,tetapi aku tidak merasai kesedihan waktu itu kerana mungkin aku masih keliru dengan apa yang terjadi. Aku tidak berpeluang untuk melihat dan mendakap bayi ku sendiri kerana itu adalah kemahuan ku di atas sebab-sebab tertentu. Suamiku menguruskan jenazahnya selesai pemeriksaan dari pihak tertentu. Sementara aku pulak terlantar di katil sambil mengingati kembali apa yang telah terjadi. Di dalam perjalanan,dari Bsb ke Tutong,anak kami sentiasa berada di dakapan suami ku yang khusyuk membacakan surah yassin dengan linangan air mata..Suamiku juga turut memandikan,mengafankan dan menyembahyangkan nya..Alhamdulillah,Allah menyenangkan segala urusan pengebumian..Di tengah malam, kesakitan dan kesedihan terasa jua apabila terkenang dan teringat kembali apa yang telah berlaku. Aku menangis teresak-esak sendirian di atas katil wad sehingga keletihan dan tertidur.

1hb Mei 2011,hari yang sepatutnya mengadakan kenduri doa selamat dan tolak bala sempena kandunganku 7 bulan di tukarkan kepada kenduri tahlil untuk al marhum nenda dan anakanda tersyg.. Airmata tak dapat di halang daripada menitis tatkala bersalaman dengan keluarga terdekat yang hadir di majlis tersebut.

Kami sesungguhnya faham bahawa apa yang terjadi mempunyai sebab2 yang tertentu dan kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Tetapi kami cuma rasa terkilan kegembiraan yang kami kecapi cuma sedetik sahaja, sedangkan kami semakin begitu hampir mengecapi kebahagiaan yang sebenar untuk beberapa bulan lagi. Itulah kuasa Allah yang tak mampu di sangkal. Dugaan ini kami terima dengan hati yang ikhlas walaupun adakalanya kami masih lagi terasa kehilangannya,dan rindu dengan nya..

Di kesempatan ini,kami suami isteri ingin melahirkan ucapan setinggi2 terima kasih di atas ucapan takziah dari keluarga,teman2 dan saudara-mara melalui fb,sms dan telefon.. Terima kasih kepada famili terdekat yang datang melawat kami dari hari kami di landa duka sehingga kenduri tahlil. Terima kasih juga kepada keluarga dan kawan2 yang menghulurkan wang sedekah dan bantuan dari segi tenaga,makanan dan apa jua pun. Kehadiran kamu sedikit demi sedikit dapat menghilangkan kesedihan di hati. Tidak lupa juga kepada teman2 dan keluarga yang datang melawat di hospital,terima kasih atas kesudian kalian semua memberi kata2 semangat dan sokongan kepada kami suami isteri. Semoga Allah akan memberkati kita semua,dan di limpahi rezeki..

Kehilangan permata dalam hidupku sememangnya tak dapat di tukar ganti kerana bagiku anak pertama ada segala2nya..Anakku, Muhd Ammsyar Muffazal, bunda akan sentiasa merinduimu,dan sentiasa merasai kehangatan mu. Pengubat rindu ku padamu hanyalah kain sarong yang telah menyarungi badanmu di saat kelahiran mu dan video ultrasound semasa di dalam kandungan 13 minggu.. Kain sarong itu akan sentiasa berada di tempat tidur bunda dan ayah..Anakku Ammsyar Muffazal,damailah engkau di syurga...Semoga kita sama2 akan berada di tempat yang sama dan bertemu pada suatu hari nanti,Amin..

Ya Allah, Aku bersyukur ke atas mu kerna mempermudahkan segala urusan dari saat pengeluaran sehingga pengebumian anakku..Terima kasih kerna meminjamkan kami Muhd Ammsyar Muffazal dengan kegembiraan yang tak terkata buat kami suami isteri walaupun ia hanya sementara..Aku berharap ya Allah,engkau akan berikan kami suami isteri taufiq dan hidayah dalam mengharungi dugaan hidup mu,berikanlah kami kekuatan dan kurniakan lah kami kegembiraan yang berpanjangan,Aminn..